attending Saturday Nite Live. so what?: SALAAM MAWLID: ROMANTICISM OF MUHAMMAD

achmadshazwan:

salam Mawlid buat Muhammad. Rasul yang akhir dalam susunan. yang mana mana kita tak pernah lihat, tapi, hampir semua dapat merasai dia.

saya lahir sebagai Islam. percaya kepada ajarannya dari kecil, memandangkan itu yang diajar di dalam kelas pendidikan agama islam, dari tadika, pra sekolah sehingga ke sekolah menengah. dan mendengar ustaz ustazah bersurah perihal rukun iman, Islam, firaun di telan laut, dan perihal nabi nabi dan rasul rasul yang jumlahnya beratus ratus ribu.

saya lahir sebagai Islam, saya percaya kepada ajarannya, tetapi tidak terus mencintai agama ini dan apa yang didalamnya. kalau saya cakap yang kontra kepada statement yang sebelumnya, anda boleh panggil saya penipu besar, dan boleh humban dalam unggun api sebab cakap tipu.

bersurah tentang Muhammad 

saya mula berminat untuk mendalami Muhammad selepas mendengar satu cerita ringkas tentangnya. cerita yang saya dengar dalam kumpulan usrah di universiti. disurah oleh seorang senior lama dahulu;

pernah pada satu ketika, Siti Aishah membuat segelas susu untuk Muhammad. diaju gelas tersebut padanya dan langsung diminum Muhammad.

susu yang diaju, dan diminum sebetulnya rosak/ rasa masam/ tidak elok/ tidak sedap. Muhammad selanjutnya tidak mengkritik, tetapi, diberi semula pada Aishah, untuk diminum bekas minum Muhammad.

apa yang dirasa Muhammad, itu juga yang dirasai Aishah; susu yang dibuatnya kurang molek.

diambil Muhammad semula, gelas susu tersebut, langsung diminum yang bakinya. sehingga habis.

Aishah: KENAPA DIMINUM SUSU YANG KURANG MOLEK?

Muhammad  : SUSU TADI SUDAH DIMINUM OLEH MU, DAN LANGSUNG JADI SEDAP.

cerita lama ini langsung jadi sebab bagi saya untuk menyukai peribadi Muhammad. cerita yang buat saya ingat semula, disamping maksum Nabi, dia juga manusia romantis biasa.

SALAM MAWLID.

Bensahar

attending Saturday Nite Live. so what?: ROMANTICISM OF A SON TO HIS FATHER

achmadshazwan:

sejak 4 tahun setengah yang lepas, dan dah nak masuk tahun ke 5 pun, saya selalu mencemburukan kawan kawan dan malah yang tak kawan kawan pun, kalau kalau di hujung semester ada kereta besar atau kecik, murah atau mewah, yang dah siap siap menunggu di bawah hostel atau depan rumah, menunggu untuk dibawa balik ke rumah untuk dan dimanjakan untuk tempoh dua bulan lamanya. ataupun, yang lagi manis, setiap hujung minggu, akan ada yang berkunjung ke universiti, dan bawa bekal dari rumah untuk disantap bersama dan makan ramai ramai di kafe. dalam setiap situasi yang macam ni, saya selalu ralit memerhatikan seronoknya ada keluarga dekat dekat dan boleh datang jenguk selalu selalu.

dan yang dengan mak ayah ni kadang kadang macam tengah cakap dengan saya,

ha, mak ayah aku datang. ko ada? tak da kan? 

sebab dalam sepuluh tahun dulu, mak ayah saya pernah masuk dalam asrama dalam hari pertama, siap membebel bersihkan katil, loker dan apa segalanya lagi. sampai saya naik malu, dan kalau boleh nak mereka cepat cepat keluar. pasal saya rasa dalam masa tu, saya bukan budak darjah 6 lagi. saya dah boleh buat semuanya sendiri.

tapi, sekarang dah lain. walaupun saya dah besar, berjambang apa semua, kalau lah peristiwa mak ayah masuk dalam bilik dan tolong kemaskan semuanya, owh, malah saya lebih berbangga. dan kalau boleh, nak mereka tidur di sini sekali sekarang. 

tapi dah terlambat lah kan. until i lost him.

kalau lah perkara tu tak terjadi, saya kalau boleh nak jadi anak yang romantik. 

apa perasaan kalau dapat tengok bola dengan ayah, lepak di kedai mamak sama sama. berperang pasukan EPL yang berlainan dan pakai jersi sambil perang perang dan memaki maki - lembut satu sama lain. masa saya dibuli ada orang yang tolong back - up. dan ada orang yang nak tepuk belakang dan peluk saya masa saya naik pentas, dan dapat diploma pointer best dulu. wuiyo! syok tuh!

tapi, saya kalau boleh, nak lagi romantik, nak merokok sekali sama ayah. siap nyalakan rokok lagi. selera yang sama rasa, lain jenama.  aku tak layan SALEM cool planet macam dalam iklan kat tv tuh, yang ayah aku selalu hisap dulu . pasal dunhill menthol lagi masyuk dan lebih macho untuk aku. *wink*

kalau dapat dibagi lah masa pada saya barang sehari,

“macam bezita diberi masa sehari untuk muncul ke dunia, untuk tolong Goku kalahkan majin buu yang jahat” 

kan best.

last, not least. be good to your father lads! keep him happy, while he is still there.

The Beauty of Islam: You guys remember the girl that the egyptian army stripped and kicked last friday?!

mohamed-ashraf:

The man in the video who was defending her has been identified. He is a christian, goes by the name of Ihab Hana Isha’ia. He also took a bullet to his knee while trying to defend her and carry her away, a hijabi woman. 

And this is exactly why I love Egyptians. The government tried to create the rift between the different religions in Egypt before, but when the times comes to show your true colors, every egyptian mans up and we are all brothers regardless of religion. 

Egyptians make me so proud sometimes..

(Source: mohamedashraf)

ya, pada saat genting macam ini, lelaki separa sepi macam saya mula mengharapkan ada pasangan turun dari langit, yang boleh tolong kejut subuh setiap hari, tanya khabar, ingatkan makan pagi, tengah hari dan makan malam, dan ucapkan selamat malam setiap kali hendak masuk tidur, berkongsi kisah susah senang setiap hari,bermanja manja dan macam macam lagi.

BEN SAHAR, 2011

attending Saturday Nite Live. so what?: AGAK INZAL

achmadshazwan:

saya jarang meluah perasaan marah, kecewa atau suka di mana mana laman sosial. perbuatan itu nampak jelik. saya pernah buatnya dulu, dan saya rasa sangat jelik dengan apa yang saya dah buat. anda akan rasa jelik bila anda dah sedikit dewasa. percayalah.

saya agak inzal. inzal dengan tegasan ( bahasa melayu bagi stress). dan saya ingin tuliskannya di sini. supaya load yang ada pada saya boleh terdistribute dengan automatis. almaklum, ini minggu ke 14. minggu akhir akademik. selalunya begini.

minggu ke 14 minggu semua orang berlumba lumba. minggu yang mana kita boleh lihat warna sebenar orang orang dan kawan kawan kita. ada yang jelik. ada yang menunjukkan peningkatan. ada yang constant. malah ada yang jatuh menjunam macam jatuh ke dalam lubang neraka dari titian sirat. dalam kes yang terakhir tu, siapa siapa pun tak dapat tolong. dan tak kurang juga yang jadi pentingkan diri. tapi, tak kisahlah tu. kena lah jaga telur sendiri kan? siapa lagi? nak jiran anda jagakan telur anda? pui!

air sedang tak ada. yang ini seakan tak logik, padahal hujan turun mencurah curah. macam mana tu? pasal SYABAS tak buat kerja kah? ya, SYABAS tak buat kerja, pasal ini tanah pahang. SYABAS dah buat kerja di selangor. yang buat kerja di tanah PAHANG ialah JBA! PUI!

ya, pada saat genting macam ini, lelaki separa sepi macam saya mula mengharapkan ada pasangan turun dari langit, yang boleh tolong kejut subuh setiap hari, tanya khabar, ingatkan makan pagi, tengah hari dan makan malam, dan ucapkan selamat malam setiap kali hendak masuk tidur, berkongsi kisah susah senang setiap hari,bermanja manja dan macam macam lagi. tapi, yang ada hanyalah NORAZLAN KASIM, wong jowo. cis! nasib baik lah jelmaan sivaji tu ada dan muncul dalam hidup saya. nasib lah nasib!

sekarang, yang saya nak adalah balik kampung, dan duduk bawah ketiak mak saya. makan percuma sambil berbakti di rumah. kalau ada degree buat jarak jauh dari rumah, mungkin pendekatan akademik yang baru dan baik. jangan kata mansuhkan AUKU, bangunan universiti di seluruh malaysia, kita boleh convert jadi tadika bersepadu dan rumah orang orang tua. malah gelanggang futsal indoor. apa macam? ada okay?

sekian. tegasan saya sudah hilang. saya sangat gembira. dan nak sambung buat kerja. selamat menyumpah membaca karangan bertajuk agak inzal ini.

SAZWAN HJ SAHAR

attending Saturday Nite Live. so what?: KELAS TINGKAT 2

achmadshazwan:

esok aku akan ada kelas di tingkat dua.

tingkat yang paling tinggi dalam bangunan kelas aku tingkat dua.

biasanya,aku naik lif ke tingkat dua.

butang yang dalam  lif akan ada butang abjad G, angka 1 dan angka dua.

aku akan tekan yang angka dua.

dalam perjalanan ke tingkat dua,

aku harap jalannya panjang.

aku harap jalannya lama.

dan aku harap jalannya macam tak sudah.

dan aku harap jalannya akan wangi.

dan aku tak ingin berkongsi lif dengan sesiapa.

tetapi hanya aku.

aku harap esok jalannya lain.

selepas jalan yang panjang,pintu lif terbuka.

dan di depan aku ada syurga.

dengan ahli ahlinya yang sudah siap menunggu.

Bensahar

#1

Tuhan takkan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tak mampu dilalui oleh hamba-Nya. 

so apa yang kau perlu buat andai kau dilanda ujian ujian yang berat?

redah saja. akhir terowong nanti pasti ada sinar.

don’t you give up. keep your chin up. and be happy! 

detik kematian Rasulullah S.A.W

ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya…


pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,
burung burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.


 pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah.

“wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. ku warisikan dua perkara kepada kalian. Al-Quran dan sunnahku. barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan kelak orang orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama sama aku.”


khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. 

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang. Ali menundukkan kepalanya dalam dalam.

isyarat itu telah datang. saatnya sudah tiba..

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati para sahabat kala itu.

manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. tanda tanda itu semakin kuat..

Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik detik berlalu.

matahari kian tinggi. tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. tiba tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“bolehkah saya masuk?” tanyanya.

tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

“maaflah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.

kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata suda membuka mata dan bertanya pada Fatimah

“siapakah itu wahai anakku?”

“tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.” tutur Fatimah lembut.

lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. seolah olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia, dialah malaikat maut,” kata Rasulullah

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. malaikat maut datang menghampiri. tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
 
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah”  

“pintu pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.” kata Jibril

tapi ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 

“engkau tidak senang mendengar khabar ini?” tanya Jibril lagi. 

“khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku; ‘kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya.’ kata Jibril

detik detik semakin dekat. saatnya Izrail melakukan tugas. 

perlahan ruh Rasulullah ditarik. nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat urat lehernya menegang.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat urat lehernya menegang. 

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini,” perlahan rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya, menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“jijikkah kau melihatku, hingga palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah pada malaikat penghantar wahyu itu

“siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril

sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik. kerana sakit yang tidak tertahan lagi.

“Ya Allah!! dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”
 
badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu.

Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang orang lemah di antaramu,”

di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii.. Ummatii.. Ummatii..”

dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.. 

Allahummma solli ‘ala Muhammad wabaarik wa salim ‘alaih 

betapa cintanya Rasulullah kepada kita..